TIPS UNTUK IBU BAPA MENJELANG PEPERIKSAAN UPSR
Amalan ini boleh dilakukan oleh ibu bapa khususnya untuk
anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR
yang berbaki lebih kurang 40 hari
lagi. Amalan ini merupakan perkongsian
dari seorang rakan guru. Diharapkan perkongsian ini akan memberikan manfaat
kepada semua ibu bapa sebagai salah satu ikhtiar untuk anak tersayang.
SEBELUM PEPERIKSAAN
1) Persiapkan mental dan fizikal anak
-
Dari
awal tahun, ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan anak-anak bahawa mereka akan
menghadapi peperiksaan penting yang akan mengukur sejauh mana penguasaan
anak-anak sepanjang tempoh pembelajaran mereka di sekolah
-
Walau
sesibuk manapun ibu bapa dengan urusan kerja, jangan pernah sesekali terlepas
untuk menyemak beg sekolah, tugasan anak,keperluan alat tulis, pakaian dan
kebersihan diri anak-anak SEBELUM mereka ke sekolah. Berapa ramai ibu bapa yang
membiarkan anak-anak ke sekolah dengan keadaan tidak bersedia, tiada peralatan
yang cukup, berkuku panjang dan berpakaian comot.
-
Bagi
yang berkemampuan, boleh hantar anak-anak untuk menghadiri seminar, bengkel dan
kelas tambahan. Jika tak berkemampuan, boleh dapatkan bantuan kelas tambahan
secara percuma terutamanya yang disediakan di sekolah. Pantau juga pembelajaran
anak-anak di kelas tambahan.
-
Sediakan
buku kerja, buku latih tubi. Boleh juga muat turun dan cetak set-set soalan
model, soalan ramalan dan koleksi kertas peperiksaan sebenar.
-
Sentiasa
memberikan sokongan moral kepada anak-anak.
-
Lahirkan
persekitaran rumah dan emosi yang kondusif untuk anak-anak
-
Jadikan
solat Hajat, solat Dhuha, sedekah dan membaca Al-Quran sebagai rutin harian
-
Menjelang
malam sebelum peperiksaan, ibu bapa seharusnya membuat checklist atau senarai
semak kelengkapan alat tulis. Sebaik-baiknya, ibu bapa menyediakan peralatan
alat tulis ‘’extra’’ sebagai persediaan sekiranya kehilangan atau rosak.
-
Sebelum
anak-anak masuk ke perkarangan sekolah, ibu bapa boleh amalkan langkah-langkah
berikut.
1) Surah Al-Fatihah
2) Selawat
3) Subhanallah
4) Alhamdulillah
5) Allah hu Akbar
6) Ya Hayyu Ya Qayyum
Ya Allah, fahamkanlah dia terhadap agama dan ajarkanlah (ilmu) tafsir
kepadanya”
7) Hantar setiap langkah kaki anak
dengan iringan doa. Doakan anak menjadi seorang anak yang soleh, berjaya di
dunia dan akhirat serta berbakti kepada agama, bangsa dan Negara.
SEMASA PEPERIKSAAN
-
Pastikan
ibu bapa mempunyai jadual peperiksaan anak-anak. Semak jadual peperiksaan anak.
-
Bacakan
surah yassin dan tunaikan solat hajat sepanjang tempoh anak-anak menduduki
peperiksaan.
-
Semasa
berdoa, mohon bersungguh-sungguh supaya Allah menenangkan hati dan melapangkan
fikiran anak-anak untuk menjawab. Dikurniakan buah fikiran yang bernas dan
sentiasa tenang menduduki peperiksaan.
SELEPAS PEPERIKSAAN
-
Pastikan
semasa menjemput anak pulang dari menduduki peperiksaan, elakkan terus bertanya
dengan anak tentang soalan peperiksaan yang TELAH pun diduduki. Tenangkan
fikiran mereka dan teruskan beri kata-kata semangat untuk anak-anak menduduki
peperiksaan seterusnya. Hal ini untuk mengelakkan anak berasa tertekan
sekiranya mereka ada menghadapi kesulitan ketika menjawab soalan peperiksaan
sebelumnya.
-
Setelah
anak berjaya menduduki keseluruhan peperiksaan, tidak seharusnya segala amalan
yang dilakukan terhenti begitu sahaja.Malahan, ibu bapa hendaklah berterusan
mengamalkan solat hajat dan melipatgandakan lagi doa supaya dilembutkan hati
dan diberikan ketenangan kepada pemeriksa kertas. Sedekahkan juga Al-Fatihah
untuk para pemeriksa kemungkinan dengan asbab amalan kita ini, Allah
melembutkan hati para pemeriksa, diberikan kemudahan dan ketenangan semasa
menanda seterusnya mempunyai belas kasihan semasa memeriksa skrip jawapan
anak-anak kita nanti. In Shaa Allah.
No comments:
Post a Comment