Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Saturday, September 21, 2019

Happy Birthday Anakku...Amirul Muhammad

Anak

Dalam usiamu yang masih mentah
Terpancar wajah yang indah dan mempesona
Seakan bunga-bunga di laman, kau membesar dan berkembang

Oh anakku,
Kau adalah matahari
Yang selalu menerangi dan menyinari hari Ibu
Dan yang selalunya membuatkan hari-hari yang ku lalui
Tidak seperti hari-hari yang telah berlalu

Anakku,
Aku ibumu yang menatang mu dari seawal usia kandunganku
Sehingga kau bisa bertatih malah berlari
Ada masanya, kesabaran ibumu memuncak
Dan saat itu juga tangisanmu semakin rancak
Ada ketikanya, hati senang dan lapang
Saat itu, kita senang dan kehidupan dilalui tenang
Manakan sama setiap saat yang kita lalui bersama
Sedangkan ombak dan air laut juga ada pasang surutnya

Anakku,
Membesarlah dengan riang, dengan rahmat dan kasih sayang Illahi
Semoga hidupmu tenang bahagia , berjaya di dunia dan akhirat


-  Isma Hazwani -

                    Selamat Ulang tahun ke -7 permata hatiku, Amirul Muhammad....

 



Monday, May 27, 2019

Isu dan cabaran penggunaan ICT dalam Pdpc di sekolah


Isu Dan Cabaran Penggunaan ICT dalam Pengajaran & Pembelajaran di Sekolah
Oleh :  Isma Hazwani binti Ismail

            Seiring dengan perkembangan dunia semasa, Malaysia tidak ketinggalan menerapkan aplikasi penggunaan ICT dalam segenap aspek kehidupan.  ICT merujuk kepada Information And Communication Technologies. ICT telah digunakan secara meluas dalam aspek ekonomi, sosial, pentadbiran mahupun pendidikan. Tidak dapat tidak, warga pendidik perlu mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan semasa serta menyahut seruan bagi merealisasikan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21). Setiap anjakan perubahan yang dilakukan semestinya berdepan dengan isu dan masalah yang perlu diselesaikan secara bersama dan tidak dapat dinafikan, wujud masalah-masalah dalam pengaplikasian penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia setelah sekian lama. Namun, kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha dan mencari solusi bagi mengatasi masalah-masalah yang timbul.

            Masalah utama yang wujud adalah kurangnya tenaga pengajar iaitu warga pendidik yang mahir menggunakan alatan ICT. Generasi yang lahir sebelum era 1970-an dikatakan kurang cekap mengendalikan peralatan-peralatan ICT. Hal ini sangat berbeza dengan generasi selepas era 1990-an yang dibesarkan dalam zaman revolusi dan reformasi teknologi. Mereka ini sangat cekap dan berpengetahuan luas dalam mengikuti arus perubahan  dalam penggunaan ICT. Kontradiksi ini dilihat ketara kerana masih terdapat guru yang tidak tahu menggunakan komputer untuk memasukkan data atau masih terkial-kial untuk menggunakan perisian komputer Microsoft Word dan Microsoft Excel sedangkan dunia pendidikan semakin  lama semakin berkembang selaras dengan kemajuan teknologi maya.  Kelemahan sebilangan guru ini menyebabkan usaha kerajaan untuk mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pemudahcaraan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Justeru itu, kerajaan mengambil langkah memberi latihan intensif kepada guru-guru menerusi program dan kursus khas yang dijalankan. Melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), guru-guru diberi taklimat khas dan hands-on penggunaan ICT dalam pengajaran dalam pembelajaran pelajar oleh tenaga pengajar yang terlatih. Semasa LDP, guru-guru ini diajar mengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan emel, blog dan sebagainya yang berkaitan. Kursus-kursus khas seperti ini memakan belanja dan kos yang tinggi. Maka, pihak kementerian menyarankan guru-guru mengambil inisiatif sendiri untuk membiasakan diri dengan penggunaan ICT.

            Selain daripada itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia dikatakan meluaskan lagi jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar. Pelajar di luar bandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini menyebabkan kesukaran pihak guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan program pendidikan yang dibangunkan dalam bentuk ICT harus digunakan secara dua hala, iaitu memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Namun, hal ini tidak dapat dilaksanakan jika pelajar tidak tahu dan takut menggunakan gajet ICT. Kerajaan telah mengambil langkah menambah makmal-makmal komputer di sekolah di seluruh negara untuk melatih pelajar menggunakan komputer sejak usia pujuk, sekaligus merapatkan jurang pelajar bandar dan luar bandar. Usaha kerajaan memperbanyak komputer di makmal komputer sekolah juga melibatkan kos dan komitmen yang tinggi. Di samping itu, masalah keterbatasan liputan dan capaian internet menyukarkan lagi guru dan murid di luar bandar untuk mengakses internet. Hal ini akan membataskan sumber-sumber pencarian bahan pengajaran dan pemudahcaraan. 

            Apabila guru yang tidak cekap menggunakan peralatan ICT seperti pemancar LCD dan laptop, perkara ini akan menimbulkan masalah. Sesetengah guru yang tidak cekap mengambil masa yang lama untuk menyediakan peralatan sebelum memulakan proses pengajaran. Akibatnya, masa di bilik darjah terbazir begitu sahaja memandangkan guru berkenaan mengambil masa yang terlalu lama serta terkial-kial menggunakan peralatan ICT yang disediakan pihak sekolah. Perihal seumpama ini lah yang menyebabkan guru-guru berpatah arang untuk menggunakan kemudahan-kemudahan ini kerana bagi mereka, masa dan tenaga banyak dibazirkan untuk membuat persediaan berbanding dengan kaedah tradisional iaitu ‘’ Chalk and Talk’’. Ironinya, guru-guru ini pula seakan memperkecilkan usaha rakan-rakan yang cuba untuk berjinak-jinak dengan pedagogi terkini. Tepuk dada tanya selera!

            Isu penyalahgunaan makmal komputer dan internet percuma di sekolah turut diperkatakan. Guru-guru dan pelajar didapati menyalahgunakan kemudahan internet di sekolah untuk melayari laman web yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti laman sosial Facebook, Instagram dan sebagainya. Malah ada juga guru yang tidak segan silu menjalankan perniagaan atas talian walaupun sedang dalam waktu bertugas di sekolah.  Penyalahgunaan seperti ini dibimbangi mampu menjejaskan prestasi kerja guru sekaligus memberikan kesan terhadap kualiti pengajaran dan pemudahcaraan.

            Justeru, beberapa isu yang timbul ini hendaklah diberikan perhatian oleh penggubal dan pelaksana dasar supaya hasrat yang diinginkan bagi memantapkan pedagodi guru serta kualiti sistem pendidikan negara dapat direalisasikan.  

           

Cyber Bullying...Jenayah Teknologi Moden



Buli siber atau cyber bullying semakin berleluasa dewasa ini, seiring perkembangan dan kecanggihan  teknologi semasa.  Saban hari, kita mendengar beberapa isu yang menjadi tular atau ‘viral’ dalam sekelip mata sehinggakan banyak kes jenayah yang diberikan keutamaan dan dapat diselesaikan dengan pantas  oleh pihak penguasa ekoran dari perkongsian video tular ini. Dari aspek positif, video-video sebegini sangat membantu pihak berkuasa melakukan tanggungjawab mereka dengan pantas. Walaubagaimanapun, dari sisi negatifnya pula, video-video tular yang mendedahkan dan menyingkap kejelikan individu sangat tidak patut ditonton mahupun dikongsi sehingga menjadi tular kerana ia akan mengaibkan mangsa. Perkara seumpama ini tidak seharusnya dipandang sepi dan perlu dikawal dalam masyarakat kita.   
Dr Harjeet Kaur a/p Basant Singh mengatakan buli siber  adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat. Insiden sebenar kejadian buli siber tidak diketahui kerana ramai mangsa buli siber menganggap hal ini adalah remeh. Malah, ada antara mereka yang terus memendam rasa rentetan dari kes buli siber ini.Perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet dianggap sebagai buli siber.
Buli siber terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya mangsa menerima mesej yang mengganggu dan mengancam, berkongsi e-mel, foto atau video yang mengaibkan mana-mana pihak kepada orang lain. Memberi komen yang tidak senonoh atau menguris hati individu lain juga dianggap sebagai buli siber.  
Perbuatan buli siber lebih dahsyat daripada perbuatan membuli yang lain kerana rata-rata pembuli siber bersembunyi di sebalik identiti sebenar mereka. Pembuli siber tidak seperti pembuli yang lain kerana ia berlaku dalam dunia siber yang tidak bersempadan. Pembuli siber lebih mudah bersekongkol berbanding pembuli jenis lain kerana bilangan individu yang boleh turut serta tidak dihadkan dalam dunia siber. Di samping itu, buli siber juga boleh berlaku tanpa keterbatasan waktu iaitu 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Cuba anda bayangkan sekiranya sesuatu ‘posting’ itu ditularkan di media sosial dan memalukan mangsa hampir seumur hidupnya. Bukankah itu sangat dahsyat? Maka, tidak hairanlah sekiranya mangsa buli siber mengalami depresi yang sangat teruk dan ada antara mereka bertindak membunuh diri kerana tidak mampu lagi menanggung tekanan jiwa dan perasaan setiap hari.
Justeru, pihak berwajib seharusnya membanteras permasalahan ini menerusi jaringan keselamatan internet. Anak-anak juga seharusnya dididik tentang keselamatan internet dan etika melayari internet atau menggunakan telefon yang betul.
·         Jangan kongsi butiran peribadi anda di internet.
·         Awas! Nada dan makna mesej yang ditulis boleh disalah tafsir.
·         Menghantar atau memanjangkan mesej yang kesat atau berunsurkan ancaman adalah tidak wajar dan boleh menyalahi undang-undang.

Apakah tanda-tanda buli siber?
Tanda-tanda buli siber termasuklah:
·         Mengalami tekanan emosi semasa atau selepas menggunakan internet.
·         Mengasingkan diri dari rakan-rakan dan ahli keluarga.
·         Menjauhkan diri dari perhimpunan sekolah atau kumpulan.
·         Keciciran gred dan mudah marah apabila berada di rumah.
·         Mengalami perubahan emosi, tingkah laku, tidur, atau selera makan.
·         Mahu berhenti menggunakan komputer atau telefon bimbit.
·         Kelihatan gelisah apabila mendapat mesej teks atau e-mel.
·         Mengelakkan perbincangan mengenai aktiviti komputer atau telefon bimbit.

Sekiranya anda adalah mangsa buli siber
·         Bincang dengan ibubapa anda, kaunselor sekolah atau guru.
·         Simpan e-mel, mesej atau imej buli sebagai bahan bukti.
·         Jangan balas mesej teks atau e-mel buli.


Aime Mansion



Aime Mansion
(Cinta Rumah Agam)

Aime Mansion,
Atas bukit, megah berdiri,
Tembok besar, cipta privasi,
Sebalik besi aku memerhati,
Menjeruk rasa ingin memiliki.

Aime Mansion,
Kerna aku seorang abdi,
Memilikimu ibarat mimpi,
Hanya mampu menatap sepi,
Sampai tikanya, melangkah pergi.

Aime Mansion,
Ikutlah resmi padi,
Semakin berisi , menunduk diri,
Resmi lalang kau jauhi,
Supaya hidup terus disanjungi.

V.M Joaquim
Batu Pahat, Johor.




Wednesday, May 12, 2010

My ever peaceful town - Taiping





Aku dilahirkan di Taiping dan dibesarkan juga di Taiping...tapi, dari kecil, aku tak pernah tahu sejarah kampung halaman sendiri, jadinya, tergerak la hati nak search maklumat sikit pasal kampung halamanku...so, sudi2 la baca yer..peace...

Taiping > merupakan sebuah bandar yang terletak di utara Perak iaitu bandar kedua terbesar selepas bandaraya Ipoh(Ibu negeri Perak). Asal usul nama Taiping nie dari perkataan Cina yang bermaksud 'ever peaceful town' @ bandar yang aman dan tenteram selamanya. Taiping juga merupakan bandar yang paling lembap di semenanjung Malaysia yang menerima jumlah hujan tahunan sebanyak 4,000 mm. Banyak tempat menarik yang ada di Taiping dan yang menjadi daya tarikan yang paling utama semestinya Taman Tasik Taiping. Kalau nak bercerita pasal sejarah taman tasik nie, aku pon tak termampu nak bercerita, kalau korang nak tahu lebih, korang search sendiri yer....kat sini gak, aku nak senaraikan 40 First of Taiping..40 first nie tercetus ekoran ledakan industri perlombongan bijih timah pada abad ke-19.Disebabkan itulah, Taiping diberi keistimewaan dari segi infrastruktur, monumen dan sebagainya dari pihak kolonial British. Antara 40 first of Taiping ialah :-


  • Open tin mining activity in the peninsula (1844)
  • Bukit Maxwell - Bukit Larut (1844)
  • Swimming pool - Coronation Swimming Pool (1870)
  • Mosque - Masjid Tengku Menteri (1870)
  • Rest house (1870)
  • Artillery warehouse (1870)
  • Magistrate's court (1874)
  • Balai penghulu (1875)
  • Resident's house (1877)
  • Port - Port Weld (1877)
  • English school - Central School Kamunting (1878)
  • Police force (1879)
  • Government offices (1879)
  • Post and Telegraph Office (1880)
  • Lake gardens - Taman Tasik Taiping (1880)
  • Taiping General Hospital, private and government (1880)
  • Club - New Club (1880)
  • Club - Perak Club
  • Railway station and warehouse (1881)
  • Museum - Perak Museum (1883)
  • Market building - Taiping Markets (1884)
  • Prison - Taiping Gaol(1885)
  • Railway track - from Port Weld to Taiping (1885)
  • Turf club - Perak Turf Club (1886)
  • Anglican church - All Saints Church (1886)
  • English girls' school - Treacher Methodist Girls' School (1889)
  • Clock tower (1890)
  • Esplanade - Esplanade (1890)
  • Malay newspaper - Seri Perak (June 1893)
  • English newspaper - Perak Pioneer (July 4, 1894)
  • Tamil newspaper - Perak Verthamani (1894)
  • Armed Forces - Malay States Guides (1896)
  • Teaching college - Maktab Perguruan Melayu
  • Ceylon association (1899)
  • Punjabi association - Khalsa Diwan Malaya Association (1903)
  • Indian association (1906)
  • Recreation park - Coronation Park (1920s)
  • Airfield - Tekah Airport (1930)
  • Golf Club (some claimed in Southeast Asia)
  • Library - Perpustakaan Merdeka
  • Fire brigade